Kadar pencen pesara tentera sebelum 2004 dikaji semula

  • 2 tahun lalu
Kementerian Pertahanan mengkaji semula kadar pencen anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara sebelum tahun 2004 bagi memastikan mereka menerima bayaran pencen sewajarnya.
Menterinya, Mohamad Sabu berkata ia selepas kementeriannya mendapati terdapat jurang perbezaan ketara dalam bayaran pencen bagi anggota yang bersara sebelum 2004 dengan anggota yang bersara selepas itu.