Lelaki maut tertimbus dalam tanah runtuh di Batu Kurau

  • 2 tahun lalu
Seorang lelaki yang dikhuatiri tertimbus selepas kejadian tanah runtuh di Jalan Kampung Teras, Kampung Masjid, Ijok, Batu Kurau berjaya dikesan sekitar jam 10.30 Jumaat malam.
Bagaimanapun mangsa yang dikenal pasti sebagai Hanudin Bahazim, 60 tahun disahkan terkorban dalam kejadian itu.