Empat kali cuci rumah akibat banjir sejak awal Oktober

  • 2 tahun lalu
Kejadian banjir mestinya memberi kesan kepada penduduk dan mereka yang terjejas.

Bukan sekali atau dua kali, tetapi penduduk di daerah Baling terpaksa membersihkan rumah mereka akibat bencana banjir yang berlaku lebih dari 3 kali bermula awal Oktober lalu.

Menurut penduduk, mereka masih belum sempat merasai "rehat" akibat banjir yang berlaku sebelum ini, dan kemudiaannya terpaksa berpindah semula selepas gelombang terbaharu berlaku semalam.