Melayu buat perhimpunan dianggap rasis - Tun M

  • 2 tahun lalu
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini kesal dan kecewa apabila orang Melayu dan Bumiputera di negara ini tidak boleh mengadakan perhimpunannya sendiri untuk membincangkan nasib dan masa depan kaum itu, tanpa terlepas daripada dilabel sebagai rasis.

Dalam catatan terbaharu di blog peribadinya bertajuk "Malay Dignity Congres", beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkata, ia adalah situasi yang menyedihkan kerana orang Melayu dan Bumiputera banyak bertoleransi dengan kaum lain.