Penyu spesis terancam dilepaskan semula ke laut

  • 2 tahun lalu
Seekor penyu spesis loggerhead atau dikenali sebagai penyu tempayan yang pertama kali ditemui di perairan semenanjung dilepaskan semula ke laut di persisiran Pantai Pasir Belanda Pulau Pinang pada Khamis.

Penyu betina seberat lebih 60 kilogram itu dilepaskan di Pantai Pasir Belanda di Gertak Sanggul, selepas ia ditemui tersangkut pada pukat hantu di perairan Pulau Kendi pada 7 September lalu.