Kancil Festival buktikan kreativiti tanpa batasan

  • 2 tahun lalu
Festival berprestij bagi industri pengiklanan tempatan, Kancil Festival kembali lagi pada tahun ini buat kali kedua selepas mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penganjuran sulungnya pada Julai lalu.

Bertempat di REXKL, festival yang berlangsung pada Khamis dan Jumaat itu bertujuan memecahkan sempadan industri pengiklanan dan meraikan kreativiti tanpa batasan.