Kerajaan pintu belakang itu pendapat peribadi Azmin

  • 2 tahun lalu
Kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali yang bertegas mahu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diberi mandat sehingga pilihan raya umum seterusnya adalah bersifat peribadi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu berkata, keputusan untuk menentukan siapa Perdana Menteri adalah keputusan parti yang memerintah, dan konsensus telah dicapai melalui Majlis Presiden Pakatan Harapan.