Penerima Anugerah Ikon Pesara pertama negara

  • 2 tahun lalu
Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) turut mengumumkan penerima Anugerah Ikon Pesara yang pertama di negara ini pada Karnival Rasa Sayang di Shah Alam hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif KWAP Syed Hamadah Syed Othman menjelaskan ia sebagai penghargaan kepada pesara perkhidmatan awam yang mendatangkan faedah bukan sahaja kepada diri mereka, tetapi juga masyarakat.