E-sukan berpotesi lahirkan pelbagai jenis peluang kerjaya

  • 2 tahun lalu
e-Sukan di Malaysia berpotensi melahirkan pelbagai jenis peluang kerjaya. Hal ini kerana penganjuran perlawanan e-Sukan ketika ini semakin berkembang dan sangat diminati ramai terutamanya golongan muda. Menurut Komentator E-Sukan Malaysia, Andriyana Mohamed Ghazali atau lebih dikenali dengan panggilan Chu Chu, setiap penganjuran perlawanan e-Sukan memerlukan ramai penglibatan selain pemain itu sendiri.