Suspek maut ditembak mempunyai 11 rekod jenayah

  • 2 tahun lalu
Suspek warga tempatan yang maut ditembak dalam satu kejadian di Jalan Pusat Bandar 9, Puchong pada Selasa dikesan mempunyai 11 rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kesalahan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, semakan yang dilakukan mendapati suspek, Mohd. Zafarul Nizam Hamzah, 37, mempunyai tiga kes membabitkan dadah, lima kes curi, dan masing-masing satu kes ragut, curi kenderaan dan pemerasan.