Perbalahan pemimpin PKR: Dr Siddiq Fadzil sesuai jadi orang tengah

  • 2 tahun lalu
Individu yang mesra dengan Parti Keadilan Rakyat merupakan antara kriteria penting sekiranya parti itu berhasrat melantik orang tengah dalam membantu menyelesaikan kemelut kepimpinan dalam parti komponen pakatan harapan terbabit.

Penganalisis Politik Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berpendapat individu berkenaan perlu mempunyai pengetahuan yang luas tentang perkembangan parti itu selain dihormati pemimpin PKR.