Tiada peningkatan luar biasa penyakit berkaitan jerebu

  • 2 tahun lalu
Kementerian Kesihatan Malaysia tidak merekodkan peningkatan luar biasa penyakit berkaitan jerebu sepanjang negara dilanda jerebu hampir sebulan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, setakat ini walaupun terdapat kes jangkitan mata, saluran pernafasan atas (URTI) dan asma, ia tidak membimbangkan.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan akan terus membuat pemantauan berterusan bagi menghadapi sebarang peningkatan penyakit akibat jerebu.