Jerebu: Tiga sekolah di Johan Setia Klang diarah tutup

  • 2 tahun lalu
Sebanyak tiga sekolah di Johan Setia, Klang dekat sini diarah tutup serta merta hari ini ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu melebihi 200 iaitu kategori tidak sihat setakat pagi ini.
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPS) dalam satu kenyataan memaklumkan sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Johan Setia, SK Jalan Kebun dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun.

Disyorkan