Allahyarham BJ Habibie: Bapa Teknologi Indonesia

  • 2 tahun lalu
Allahyarham BJ Habibie juga dikenali sebagai bapa Teknologi Nasional republik itu. Digelar sebagai BAPA kebangkitan Teknologi Nasional atau HAKTEKNAS yang diraikan 10 Ogos setiap tahun. Ia bersempena dengan penerbangan perdana pesawat ciptaan Allahyarham iaitu N-250 Gatot Kaca pada tahun 1995 di Bandung.
Malah ketika muda, Allahyarham banyak berjasa dalam teknologi pesawat di fakulti teknik Institut Teknologi Bandung.
Beliau kemudian melanjutkan ilmu teknik penerbangan khas pesawat di Jerman dan menerima Diploma Kejuruteraan pada tahun 1960 sebelum digelar sebagai doktor kejuruteraan lima tahun kemudian. Kehebatan Allahyarham dalam kejuruteraan pesawat tiada tolok bandingnya sehingga rumusan "Faktor Habibie" diguna pakai oleh jurutera. Apabila kembali ke Indonesia pada tahun 1973, Allahyarham berbakti kepada negara dengan mencurah ilmu bidang kejuruteraan pesawat kepada anak tempatan.