Tidak perlu wujudkan undang-undang isu bendera terbalik

  • 2 tahun lalu
Kerajaan tidak berhasrat mewujudkan Rang Undang-Undang (RUU) khas berkaitan isu memasang bendera Malaysia terbalik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong berkata, setakat ini belum ada keperluan mewujudkan undang-undang berkaitan isu terbabit.
Menurutnya, apa yang perlu dilakukan ialah memberi pengajaran khusus cara-cara sebenarnya memasang jalur gemilang kepada pihak-pihak yang terpasang bendera terbalik secara tidak sengaja.