Perbicaraan 1MDB: Najib guna orang tengah bayar cek kepada dua entiti

  • 2 tahun lalu
Pembayaran yang dibuat Datuk Seri Najib Tun Razak kepada dua entiti iaitu Penerbitan Mingguan Bahasa Cina dan pentadbir laman Facebook tidak secara terus, tetapi melalui orang tengah.

Bekas Setiausaha Politik Bekas Perdana Menteri itu, Datuk Wong Nai Chee, ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjelaskan tindakan berkenaan bagi mengelakkan cek itu disebar di laman media sosial Facebook.