Lawatan Jokowi kukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia - Indonesia

  • 2 tahun lalu
Presiden Indonesia Joko Widodo akan mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula hari ini yang dijangka mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia akrab antara Malaysia dan Indonesia.
Menurut kenyataan Wisma Putra, ini merupakan lawatan pertama Joko Widodo atau terkenal sebagai Jokowi, ke luar negara selepas dipilih semula bagi penggal kedua dalam Pilihan Raya Presiden pada 17 April lepas.