#KomunitiAWANI: Usaha semarakkan keusahawan dalam kalangan asnaf dan wanita B40

  • 2 tahun lalu
#KomunitiAWANI 7 Ogos 2019 menampilkan pelawak terkenal, Nabil Ahmad sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI.

Berita komuniti anda bermula dengan cerita perjuangan mempertahankan seni wayang kulit daripada terus dilupakan masyarakat. Selepas itu, kita akan saksikan mengapa Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu menggalakkan pesawah untuk menanam bunga matahari di batas sawah. Kemudian, kita akan lihat inisiatif bantu golongan wanita dari B40 dalam perniagaan melalui pembiayaan Mikro Agro Nisaa-I yang diperkenalkan oleh Agrobank. Kita juga akan lihat usaha untuk bantu golongan asnaf pula dalam perniagaan yang ditawarkan oleh Hot Burger Malaysia.