7 rumah hangus terbakar, operasi pemadaman bomba terhalang

  • 2 tahun lalu
Tekanan air rendah dan kekurangan bekalan air yang dihadapi Pasukan Bomba dan Penyelamat menyebabkan 7 buah rumah separa kayu musnah dalam satu kebakaran malam Isnin.
Tujuh rumah yang didiami oleh 9 keluarga melibatkan lebih 30 penghuni di Kampung Dusun Raja di Kota Bharu, Kelantan, hangus dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 9 malam.