Tiada pesta separuh bogel di Chalet Pulau Perhentian, Besut. Itu tegas Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi yang berkata siasatan mendapati tiada aktiviti sedemikian di pulau peranginan tersebut seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini.