Buka peluang anak muda ke Dewan Rakyat - PM

  • 2 tahun lalu
Keputusan kerajaan menurunkan had umur dan pendaftaran pengundi secara automatik kepada golongan muda seawal usia 18 tahun secara tidak langsung membuka peluang bagi mereka menawarkan diri berkhidmat sebagai wakil rakyat di usia muda.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia membuktikan kerajaan mengiktiraf peranan besar yang boleh dimainkan oleh golongan muda kerana mereka adalah generasi pelapis yang akan meneruskan wawasan Malaysia.