Suami Buntu Sikap Isteri Mata Duitan

  • 3 tahun lalu
Suami Buntu Sikap Isteri Mata Duitan

Penangan wabak Covid-19 membuatkan ramai yang terjejas dari segi pendapatan mahupun kesihatan. Justeru, sebagai ketua keluarga, kaum lelaki terpaksa berjimat cermat demi kelangsungan hidup.

Meskipun demikian, terdapat isteri yang masih tidak mengerti situasi getir itu.
Mereka tidak peduli, asalkan kemahuannya ditunaikan. Seperti yang dialami pengadu, isterinya tidak habis-habis meminta untuk memberi barang kemas selepas dipengaruhi jiran rumah sebelah.

Apakah cara terbaik untuk menasihati isteri supaya berubah? Adakah berpindah rumah menjadi jalan penyelesaian kepada kemelut itu?
Sama-sama kita dengarkan pandangan Pakar Motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad bagaimana mengatasi masalah itu dalam Soal Jawab Netizen Rahsia Rumah Tangga pada minggu ini.

#soaljawabnetizen
#rahsiarumahtangga
#lifestylesinarplus
#lifestylesinarharian
#kitalaluibersama
#dominasigayahidup