Terserah Ahmad Idham, Eizlan hadir aktiviti politik - Saifuddin

  • 3 years ago
Menteri Luar Saifuddin Abdullah menjelaskan, Setiausaha Kebudayaan Ahmad Idham Ahmad Nazri dan perunding kreatif di kementerian itu, Eizlan Yusof tidak dihalang menghadiri sebarang aktiviti politik.

Saifuddin bagaimanapun berkata, sebarang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di pejabatnya tidak dibenarkan melibatkan dalam kegiatan politik.