Perdana Menteri Iraq selamat dalam serangan dron di kediamannya

  • 3 years ago
Perdana Menteri Iraq, Mustafa al-Kadhemi tidak mengalami sebarang kecederaan dalam 'cubaan pembunuhan yang gagal' menerusi serangan dron di kediaman rasminya, di Baghdad.

Menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri itu, sebuah dron cuba menyasarkan kediaman al-Kadhemi tetapi beliau selamat dan tidak cedera.

Terdahulu, dua sumber keselamatan mengesahkan serangan itu, yang berlaku ketika ratusan penyokong kumpulan pro-Iran membuat bantahan berhampiran pintu masuk Zon Hijau terhadap keputusan pilihan raya umum pada 10 Oktober lalu.

Recommended