PRN Melaka akan jadi perlawanan berat sebelah - Bersih

  • 3 years ago
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil atau Bersih 2.0 menolak larangan penuh berkempen melalui perhimpunan fizikal dan aktiviti sosial dalam pilihan raya negeri Melaka bulan depan.

Jawatankuasa pemandunya berkata larangan sebegitu adalah penindasan kepada hak calon untuk berkempen dan hak pengundi untuk membuat keputusan bermaklumat.