'Syarat 51% ekuiti Bumiputera dilanjut hingga 31 Disember 2022' - Menteri

  • 3 years ago
Kerajaan melanjutkan syarat berhubung ekuiti 51% Bumiputera bagi syarikat logistik sehingga 31 Disember 2022, kata Senator Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Menteri Kewangan itu berkata kementeriannya memutuskan untuk melanjutkan pengecualian bagi kali kedua hingga Disember 2022 sehingga Teraju (Unit Peneraju Agenda Bumiputera) dapat mengkaji penglibatan Bumiputera dalam industri logistik.