'Saya minta maaf' - Keputusan batal pingat emas Ziyad kekal

  • 3 years ago
Atlet paralimpik negara Muhammad Ziyad Zolkefli hari ini memohon maaf kepada semua ekoran berita yang mengecewakan apabila kemenangannya dibatalkan malam tadi.

Ziyad malam tadi membawa kegembiraan kepada negara apabila melakukan lontaran yang memecahkan rekod dunia acara lontar peluru kategori F20.

Bagaimanapun kemenangan itu dibatalkan selepas penganjur menerima bantahan daripada pasukan Ukraine yang membangkitkan isu kelewatan Ziyad memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan bermula.