'Tak mahu dengar sebarang laporan rasuah libatkan pemimpin politik'

  • 3 years ago
Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita apabila masih ramai dalam kalangan ahli politik dan penjawat awam di Selangor yang terlibat dengan amalan rasuah, biarpun sudah berkali-kali diberi peringatan.

Dalam ucapan pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, baginda menitahkan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus menjalankan siasatan menyeluruh bagi membersihkan Selangor dari amalan rasuah.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Ke-14, di Dewan Negeri Selangor.

Sumber video: https://youtu.be/9HrW4QspC8c