'Sidang Parlimen ada gaduh, bertengkar kerana menteri dipaksa menjawab'

  • 3 years ago
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim melihat situasi panas di Dewan Rakyat bukan sengaja dirancang oleh Pembangkang sebaliknya kerana menteri yang cuba lari daripada menjawab soalan.

Katanya, tanpa jawapan yang tepat kelemahan kerajaan tidak mungkin boleh diperbaiki.

Terdahulu, penyokong tegar kerajaan Perikatan Nasional sering mendakwa persidangan Parlimen tidak memberi makna besar kepada perjalanan pentadbiran negara kerana pembangkang hanya menjerit-jerit dan membuat kacau.

Sumber video: https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/videos/4235094853249388