'Doakan saya kuat' - Penyanyi Nash cedera kemalangan

  • 3 years ago
Penyanyi terkenal tanah air Nash atau nama sebenarnya Jamaluddin Elias, 62 mengalami kecederaan selepas kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di KM250.8 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara, petang semalam.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh rakan artis Fizz Fairuz, Nash turut berkongsi kecederaan yang dialaminya termasuk luka di siku kiri selain sakit di bahagian belakang.

Nash yang juga penyanyi kumpulan Lefthanded itu turut memohon orang ramai agar mendoakan kesihatannya.

Sumber video: https://www.instagram.com/p/CN5TMt7pEfx/