Vaksin Covid-19 Johnson & Johnson berdepan masalah, 15 juta dos rosak

  • 3 years ago
Kira-kira 15 juta dos vaksin Covid-19 buatan syarikat Johnson & Johnson (J&J) mengalami kerosakan di sebuah kilang di Baltimore, Amerika Syarikat (AS) lapor akhbar New York Times.

Pada Rabu, gergasi perubatan itu berkata, ia telah mengesan satu kumpulan dos di kilang tersebut yang dikendalikan oleh syarikat ubat-ubatan Emergent BioSolutions tidak mengikut piawaian kualiti yang telah ditetapkan.

Laporan oleh Reuters.