Tiada lagi perlaksanaan PKP secara menyeluruh - Muhyiddin

  • 3 years ago
Kerajaan berkemungkinan tidak perlu lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh merangkumi seluruh negara atau sesuatu negeri, kata perdana menteri.

Muhyiddin Yassin berkata perkara itu mengambil kira pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Sebaliknya, kawalan pergerakan hanya dilaksanakan mengikut lokaliti dan secara tertumpu kepada kluster berkaitan sahaja,” katanya dalam perutusan khas mengenai program Pemerkasa hari ini