‘7 Nasihat’ kurang original, ada melodi lagu rakyat, ‘Gila’ lebih dekat isu semasa- Ketua Juri AJL35

  • 3 tahun lalu
KEGAGALAN lagu 7 Nasihat nyanyian Luca Sickta, Kmy Kmo dan Shiha Zikir di Anugerah Juara Lagu ke-35 disebabkan melodi yang kurang asli.

Ketua juri, Datuk Mokhzani Ismail, 60, berkata, terdapat melodi lagu tradisional yang dipinjamkan dalam lagu 7 Nasihat itu membuatkan ia dinilai kurang original.

“Lagu itu unik dan cantik ciptaannya tapi ada melodi yang dipinjamkan atau inspirasi lagu tradisional atau lagu rakyat.

“Bagi saya kreativi dan originaliti agak kurang di situ tapi saya tak kata lagu itu tak bagus. Original dan kreativiti markah paling besar dinilai dalam sesebuah lagu.

“Bagi saya 7 Nasihat bagi impak dalam industri tapi bila dalam pertandingan ada tolak tambah campur daripada pelbagai segi yang diambil kira” ujarnya pada sidang media AJL35, malam Ahad.

Category

People

Disyorkan