Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air Indonesia berjaya dikesan

  • 3 years ago
Pihak berkuasa Indonesia pada hari Ahad telah berjaya menemukan kotak hitam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas di perairan Kepulauan Seribu tidak lama setelah berlepas dari ibu kota Jakarta.

Pesawat Boeing 737-500 dengan 62 penumpang dan anak kapal menuju ke Pontianak di Kalimantan Barat pada hari Sabtu sebelum hilang dari radar empat minit selepas berlepas.

Ketua Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia (KNKT) Soerjanto Tjahjono berkata lokasi dua kotak hitam Penerbangan SJ 182 telah dikenal pasti.

Laporan oleh Reuters.