Trump akui Biden presiden AS seterusnya, kecam serangan Capitol

  • 3 years ago
Presiden Donald Trump hari ini mengakui bahawa Joe Biden akan menjadi presiden Amerika Syarikat berikutnya, sehari setelah penyokongnya menyerang bangunan Capitol ketika Kongres mengesahkan kemenangan Biden.

Beliau turut mengecam keganasan pada hari Rabu dengan mengatakan perusuh telah mencemarkan demokrasi di negara itu.

Selain itu beliau berterima kasih kepada rakyat AS dan menyifatkan lantikannya sebagai Presiden merupakan satu 'penghormatan' dalam hidupnya.

Sumber video: https://www.facebook.com/WhiteHouse/videos/2873091632910361