Semakin genting - 3,027 kes baharu, 8 kematian

  • 3 years ago
Penularan wabak Covid-19 semakin genting di negara ini dengan 3,027 kes baru dilaporkan setakat ini.

Johor mencatatkan kes jangkitan tertinggi di Malaysia iaitu 1,103 kes, diikuti oleh Selangor 706 kes dan Sabah 493 kes.

Perkembangan itu menjadikan kes aktif di Malaysia sebanyak 25,221 kes.

Lapan lagi kematian baru diumumkan hari ini menjadikan kes kematian mencecah 521 kes.