Pelbagai inisiatif dilaksana untuk tingkat taraf ekonomi bumiputera

  • 3 years ago
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Arthur Joseph Kurup berkata pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat yang ketika ini pada kadar 16.2 peratus dimana ia belum mencapai sasaran 30 peratus.

Justeru beliau berkata kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif bagi mengubah ekonomi bumiputera.

Antaranya adalah kerajaan mewujudkan majlis kemakmuran bumiputera yang bertujuan menjadi platform tertinggi dalam usaha memperkasa ekonomi bumiputera yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.