Mujahid cadang guna cukai tembakau, rokok bantu program mQuit

  • 4 years ago
Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof mencadangkan supaya cukai tembakau dan rokok dikenakan dalam program mQuit.

Program mQuit merupakan program bimbingan berhenti merokok yang disediakan secara percuma Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada perokok tegar yang mahu berhenti merokok.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab kepada Menteri Kesihatan Adham Baba, di Dewan Rakyat, hari ini.