PM: Darurat tak jejas kehidupan rakyat di Batu Sapi

  • 4 years ago
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memaklumkan pengisytiharan darurat di parlimen Batu Sapi
hanya bertujuan untuk membatal dan menangguhkan PRK Batu Sapi demi melindungi nyawa rakyat.

Beliau turut mengumumkan bahawa tiada perintah berkurung atau 'pemerintahan ala tentera' di Batu Sapi akan dilaksanakan dalam tempoh darurat.

Muhyiddin hari menjelaskan keputusan kabinet pada 13 November untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya "mengisytiharkan darurat di Bahagian Pilihan Raya Parlimen Batu Sapi, Sabah di bawah Perkara 150 yang dibaca bersama Fasal (1) dan (1A) Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan."