Kenapa Falique Floor88 selalu kena reject dengan perempuan? Macam sesuatu je ni…

  • 4 tahun lalu
PEMAIN bass kumpulan Floor 88 iaitu Falique mengakui sedang mengenali dua orang wanita yang dikenali menerusi media sosial.

Ujar Falique atau nama sebenar Muhammad Falikh Ghazali, sebelum ini dia pernah berusaha mencari kekasih namun sering ditolak.

“Sejujurnya saya sedang mengenali dua orang wanita, tapi saya kena kenal dulu hati budi mereka lepas itu baru saya buat keputusan siapa yang sesuai bersama saya.

“Sebelum ini bukan saya tak pernah usaha tapi saya selalu ditolak dengan alasan, bahawa saya ni terlalu baik untuk mereka,” katanya kepada mStar.