Perubahan sokongan, PAS tuntut penjelasan dari UMNO

  • 4 years ago
PAS meminta penjelasan daripada UMNO berhubung dakwaan berlakunya perubahan sokongan Ahli Parlimen UMNO terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata sekiranya keadaan itu benar, bermakna UMNO tidak mematuhi persefahaman dan persetujuan yang termaktub dalam Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai pada 14 September 2019.

Sehubungan itu, Takiyuddin berkata, PAS mahu mendapatkan penjelasan yang sejelas-jelasnya daripada UMNO atas dasar rakan muafakat dalam MN, seterusnya mengajak UMNO untuk menghayati hasrat dan iltizam yang disepakati secara bersama.

Kenyataan Takiyuddin menyusul selepas Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata ramai Ahli Parlimen UMNO dan BN telah menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR, Anwar Ibrahim.