PRN Sabah: Muhyiddin cuba 'pujuk' Shafie bersama-sama dengannya

  • 4 years ago
Beberapa jam selepas pengumuman mengejut dari Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai majoriti parlimen, perdana menteri Muhyiddin Yassin terbang ke Sabah untuk menyertai kempen PRN Sabah.

Ketika berucap di majlis ramah mesra anjuran Perikatan Nasional di DUN Luyang malam tadi, Muhyiddin dilihat cuba 'memujuk' Presiden Warisan yang disifatkan sebagai 'kawan lama' untuk bersama-sama dengannya.

Muhyiddin berkata, tanpa menafikan sumbangan Shafie kepada negeri Sabah, adalah amat penting untuk kerajaan negeri selari dengan kerajaan persekutuan untuk sama-sama membangunkan negeri itu.