'Guna sentimen agama, negeri, kita tolak!'

  • 4 years ago
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyeru pengundi di Sabah untuk menolak calon yang bersifat sentimen agama, daerah dan daerah.

Jelasnya, mereka yang menggunakan sentimen tersebut mengambil kesempatan untuk melakukan perbuatan merompak.

Beliau berkata demikian ketika berkempen di DUN Api-api bagi calon Christina Liew dari parti PKR semalam.

Liew, yang juga Pengerusi PKR Sabah, akan ditentang lapan pencabar iaitu Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Chin Su Phin, Timbalan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Pang Yuk Min dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Dr Yee Moh Chai.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/live/?v=663070024334823&ref=watch_permalink