'PH batalkan Lebuhraya Pan Borneo, nafikan pembangunan buat rakyat Sabah'

  • 4 years ago
Pengerusi Barisan Nasional, Ahmad Zahid Hamidi mendakwa pembatalan projek Lebuhraya Pan Borneo oleh kerajaan Pakatan Harapan dan kerajaan negeri di bawah pemerintahan Warisan secara tidak langsung menafikan hak rakyat Sabah untuk mendapatkan pembangunan.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pertemuan jentera BN di Tanjung Batu, Kalabakan malam tadi.

Untuk rekod, projek itu tidak dibatalkan namun bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini menamatkan perjanjian Rakan Pelaksana Projek (PDP) bagi projek itu berkuat kuasa 20 Februari lepas.

Susulan penamatan itu, kerajaan PH pada masa itu meneruskan projek lebuh raya berkenaan menerusi pendekatan konvensional yang dikatakan meraih penjimatan menjangkau RM3.1 bilion.

Bagaimanapun menurut Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof di Dewan Negara Julai lalu, seramai 500 kakitangan di Sarawak dan 300 di Sabah hilang pekerjaan susulan penamatan perjanjian PDP itu.

Sumber visual: https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia/videos/321219702297518/?v=321219702297518