Asal usul poster 'Perpaduan' Mohd Shafie Apdal yang dilihat kebelakangan ini

  • 4 years ago
Sekumpulan anak muda yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Perpaduan Sabah (Sabah Unity Movement telah mempamerkan kain rentang dengan wajah Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal berserta slogan 'Perpaduan' (Unity) ketika menyelam di perairan Semporna baru-baru ini.

Menggambarkan diri mereka sebagai 'tidak tahu banyak tentang politik', wakil gerakan itu Jonathan Chin mengatakan dia dan rakan-rakannya terinspirasi dengan satu video ucapan Shafie pada 31 Ogos lalu dan merasakan Shafie dengan mesej perpaduannya adalah pemimpin yang tepat untuk Sabah.

Susulan itu, Chin berkata dia mereka bentuk poster Shafie tersebut dan memutuskan untuk melukis muralnya di Kundasang, sekitar dua jam perjalanan dari Kota Kinabalu.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/542515