Kedai makan, kedai serbaneka dibenar beroperasi sehingga pukul 2 pagi

  • 4 years ago
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata perniagaan seperti restoran dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi hingga jam 2 pagi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Katanya, perkara itu diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara dalam mesyuarat semalam.

Beliau berkata demikian dalam sidang media PKPP di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, premis perniagaan dibenarkan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam sahaja.

Recommended