Salleh Keruak bakal buat kemunculan semula di PRN Sabah

  • 4 years ago
Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Bung Moktar Radin hari ini mengumumkan bekas ketua menteri Sabah, Salleh Said Keruak sebagai calon BN di kerusi DUN Usukan.

Salleh yang juga bekas bekas bendahari Umno itu pernah menyandang kerusi DUN Usukan selama beberapa penggal sebelum bertanding di kerusi parlimen Kota Belud.

Oktober tahun lalu, Salleh pernah menyatakan hasrat untuk menyertai PKR selepas bertindak keluar parti, namun beliau telah memohon untuk menyertai semula Umno pada Mei lalu.

Recommended