Nurul, Wan Azizah hadir memberi sokongan kepada Betty Chew

  • 4 years ago
Naib pengerusi PKR Nurul Izzah dan bekas president PKR Wan Azizah hari ini dilihat hadir di Mahkamah Sesyen Butterworth untuk memberi sokong kepada Betty Chew yang akan didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti-Keganasan dan Hasil Kegiatan Tidak Sah (Amla) hari ini.

Betty Chew, isteri bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sebelum ini berkata dia terkejut dan bingung bahawa dirinya juga menjadi suspek dalam siasatan SPRM dan turut dijadualkan untuk didakwa di mahkamah.