Kerajaan lancar kempen Pembudayaan Norma Baharu 8 Ogos ini

  • 4 years ago
Kerajaan akan melancarkan kempen Pembudayaan Norma Baharu bagi memastikan setiap rakyat di negara ini terus mengikut prosedur operasi Standard (SOP) dalam keadaan pandemik COVID-19.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kempen itu akan dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Sukan Pagoh, pada 8 Ogos ini.