Jika semua PBT setuju, KPKT mampu keluarkan peruntukkan

  • 4 years ago
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata sememangnya KPKT berhajat untuk mengadakan mesyuarat pihak berkuasa tempatan secara lintas langsung.

Namun katanya, ianya memerlukan beberapa perbelanjaan dan sekiranya semua pihak PBT bersetuju untuk melaksanakan ini maka KPKT mampu keluarkan peruntukkan untuk semua.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Hulu Langat.